Loan Rumah Untuk Staff Kerajaan, Rugi Kalau Tak Guna Sebelum Usia 35 Tahun – Lelaki Ini Kongsi Kelebihan Yang Anda Bakal Dapat


Membeli rumah adalah impian semua individu. Pembiayaan pula menjadi satu aspek yang kita tak dapat nak elak dalam proses pembelian hartanah ini. Namun sekiranya anda adalah seorang staff kerajaan, jangan abaikan peluang baik untuk mendapatkan pinjaman perumahan khas untuk penjawat awam.

Bagi yang kurang arif atau masih baru dalam perkhidmatan, perkongsian oleh Perunding Hartanah Tuan Inchique Aiman ini mungkin boleh dijadikan panduan. Kalau orang lain, mesti tidak teragak-agak untuk beli rumah dengan kelebihan yang ada ini. Rancang sebaiknya, rugi kalau anda tidak ambil tahu kerana bukan semua orang mempunyai keistimewaan yang sama. Semoga bermanfaat.

[Penjawat Awam & Pinjaman Perumahan LPPSA]

Memandangkan agak ramai kawan-kawan yang bekerja di sektor kerajaan dalam friendlist aku yang komen ‘BELUM’ pada posting aku semalam dan menunjukkan masih ramai yang belum membuat pinjaman perumahan LPPSA, aku nak bagi sedikit pencerahan untuk membantu korang memahami kebaikan-kebaikan bila korang teringin nak beli hartanah menggunakan pinjaman LPPSA.

Biasanya kalau ‘client’ aku yang muda-muda beritahu aku nak beli rumah menggunakan pinjaman LPPSA, aku akan tanya balik,

“Tuan/Puan nak beli untuk duduk ke atau untuk invest sahaja?”

Kalau nak invest aku akan sarankan dia jangan guna loan LPPSA lagi tetapi gunalah pinjaman bank.
Belilah property subsale yang bawah market value supaya korang dapat jana kewangan positif setiap bulan. Sekiranya bercadang untuk duduk, gunalah pinjaman perumahan kerajaan.

Biasanya kalau kita nak duduk mesti kita ambil kira tentang keselesaan, ruang yang besar, mungkin ada tanah untuk tanam bunga atau apa sahaja.

Yang paling penting rumah yang kita nak duduk tu bayaran bulanannya setiap bulan tidaklah begitu banyak seperti pinjaman bank.

KELEBIHAN 1

Untungnya kakitangan kerajaan ni berbanding kakitangan swasta, dia boleh buat 2 jenis pinjaman.

1) Pinjaman bank
2) Pinjaman Kerajaan

Makanya kakitangan kerajaan berpotensi membeli rumah lebih dari 2 biji ke atas untuk dijadikan aset. Berbeza dengan kakitangan swasta yang hanya bergantung kepada pinjaman bank.

Bagi kakitangan swasta, untuk rumah pertama dan kedua sahaja boleh dapat pinjaman sebanyak 90%.
Untuk rumah ke 3, pinjaman hanya dapat 70% sahaja daripada harga rumah. Lebih tu kena topup lah.

Tapi untuk kakitangan kerajaan, anda boleh dapat dua kali pinjaman sebanyak 100% dengan kadar faedah yang lebih murah iaitu 4.0% berbanding pinjaman bank sekitar 4.5%-5.0%.

Walaupun nama di ‘blacklist’ dalam CCRIS/CTOS untuk melakukan pinjaman bank, masih mampu lagi membeli rumah menggunakan pinjaman LPPSA.

KELEBIHAN 2

Korang tahu tak, korang boleh guna pinjaman LPPSA ni sebanyak 2x sahaja. Tetapi dengan syarat, pinjaman perumahan untuk kali pertama mestilah dilunaskan habis.

Sama ada korang bayar bulanan yang besar setiap bulan untuk cepat habis atau korang jual rumah untuk dapatkan keuntungan hasil pelaburan hartanah.

Kemudian baru korang boleh mohon pinjaman LPPSA buat kali ke 2.

Lagi satu, aku cadangkan kepada yang belum guna pinjaman LPPSA tu, korang gunalah sebelum umur korang lebih 35 tahun ke atas.

Sebab umur 35 tahun kebawah masih boleh meminjam untuk tempoh masa 30 tahun. Tapi kalau dah lebih 45 tahun baru nak buat pinjaman LPPSA, kemungkinan tempoh masa pinjaman akan jadi singkat sama ada 20 tahun ke 28 tahun sahaja.

Bila pinjaman semakin singkat, makanya bayaran bulanan anda pun akan menjadi lebih tinggi walaupun kadar faedahnya rendah.

KELEBIHAN 3

Pinjaman LPPSA ni antara yang lain yang korang boleh kecapi nikmat syurga dunia adalah bila korang beli satu-satu property, pastikan bawah market value yaa…Penting ni beb..

Korang boleh memohon pinjaman 100% berdasarkan kelayakan pinjaman yang telah ditetapkan bagi setiap jumlah tingkat gaji pokok + elaun-elaun korang.

Bila boleh mohon 100% loan, andai kata korang beli rumah dengan harga 350k sedangkan harga pasaran 400k, maka korang boleh dapat ‘cash back’ 50k selepas pinjaman di release kan ke akaun syarikat peguam yang menyediakan dokumen perjanjian jual beli korang. Peguam akan keluarkan cek 50k khas atas nama korang.

50k korang dapat tu nanti, korang pandai-pandai lah nak melabur kat mana untuk beranak kan duit tu lagi. Jangan membazir dan gelap mata pulak bila dapat duit banyak.

KELEBIHAN 4

Kalau korang beli projek perumahan baru, lagi berganda-ganda korang boleh untung. Kebiasaannya dan kebanyakan projek-projek perumahan baru menawarkan booking yang rendah serendah RM1000 dan menyediakan rebate sebanyak 10%. Kebiasaanya yang aku banyak buat.

Makanya sekiranya rumah yang anda beli, Harga perjanjian jual belinya adalah berjumlah RM400K, rebate 10% diberikan oleh pemaju = 40K. Maka rumah yang korang beli akan jadi RM360K.

Mohon pinjaman LPPSA wajib mengikut harga perjanjian jual beli iaitu RM400K.
Jadi ‘cash back’ yang anda akan peroleh adalah RM80K.

1) 10% rebate akan diberikan kepada pembeli LPPSA selepas pinjaman di ‘release’ kan = RM40K.
2) 100% loan LPPSA atas harga 400K sedangkan harga rumah RM360k = RM40K lebihan pinjaman.

Total ‘cash back’ RM80K.

Bayangkan kalau sesetengah pemaju menawarkan rebate lebih 10% sehingga ada yang menawarkan 34% rebate, bayangkan banyak tak ‘cash back’ yang anda boleh dapat. Untung tak?

KELEBIHAN 5

Paling penting, sektor kerajaan pinjaman LPPSA telah menyelaraskan bahawa kakitangan kerajaan yang membuat pinjaman perumahan LPPSA bagi projek perumahan baru, kakitangan kerajaan tidak perlu membayar kadar faedah setiap bulan mengikut peratus (%) projek siap dibina sepertimana kakitangan swasta yang perlu membayar kadar faedah setiap bulan mengikut peratus (%) projek pembinaan sudah siap dibina dalam tempoh 3 tahun kebiasaannya sehinggalah 100% siap dibina barulah pembeli mula membayar ‘installment’ bulanan secara penuh.

Bagi kakitangan kerajaan, projek 100% siap, dapat kunci baru mula bayar bulanan kepada pihak LPPSA.

Amacam menarik tak kerja Gomen ni. Sayanglah korang kalau tak guna peluang ni.

Aku bukan nak ajar korang gila dunia. Tapi nak ajar korang urus kewangan dengan baik supaya lebihan kewangan korang, macam-macam korang boleh buat untuk maslahah masyarakat. Korang pun tak jadi orang yang meminta-minta malah jadi individu yang banyak memberi.

Sebab tu usaha memantapkan ekonomi bukan sahaja sekadar tuntutan malah keutamaan buat umat Islam.

Firman Allah SWT dalam surah al-Qasas ayat 77 yang bermaksud:

“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia, dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah), dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan”.

Siakapkeli.my



Biar 17 Tahun Tak Dirawat, Wanita Akui Gemar Makanan Berminyak Jalani Pembedahan Buang 468 Batu Karang Daripada Hempedunya


Seorang wanita di China terkejut setelah doktor memaklumkan 468 biji batu karang telah dibuang daripada hempedunya dalam satu pembedahan.

Doktor yang melakukan pembedahan tersebut memeberitahu bahawa saiz hempedu wanita itu membesar sekali ganda akibat pembentukan batu karang di dalamnya, dengan sesetengah bersaiz 0.4 inci.

Wanita itu ketika ditanya mengakui amat menggemari makanan bergoreng dan berminyak, menyebabkan doktor membuat kesimpulan bahawa tabiat permakanannya mungkin menjadi salah satu punca kepda masalah tersebut.

Bagaimanapun, pakar gastroenterology di United Kingdom menyangkal dakwaan tersebut memandangkan tiada bukti kukuh yang dapat menyokong fakta bahawa makanan bergoreng mampu menjadi punca kepada pembentukkan batu karang.

Wanita itu yang hanya dikenali sebagai Chen pergi ke Hopital Jingdu di Wuhan untuk membuat pemeriksaan. Doktor yang membuat pemeriksaan ultrasound ke atasnya dan mendapati kehadiran batu karang di dalam hempedunya.

‘Ia membesar hampir sekali ganda. Hempedu normal biasanya bersaiz sebesar penumbuk,” kata Dr. Shen Zangyi, Ketua Bedah Bahagian Gastroenterology.

Chen turut memberitahu media bahawa dia sudah mengetahui bahawa terdapat batu karang dalam hempedunya sejak 17 tahun yang lalu, namun membiarkannya tanpa dirawat.

Sebaliknya, dia memilih untuk mengamalkan aktiviti fizikal seperti berjalan kaki dan mendaki. Bagaimanpun katanya, dia amat menggemari makanan berminyak.

”Saya pasti akan menjamah setiap makanan berminyak yang dihidangkan di atas meja,” kata Chen.

Menurut Dr. Shen, pembentukkan batu karang boleh dikaitkan dengan tabiat permakanan yang tidak sihat dan seimbang.

Batu karang kecil, yang terbentuk daripada kolestrol, mula terhasil apabila jumlah kolestrol di dalam hempedu meningkat.

Ujarnya lagi, jika seseorang itu mengabaikan rawatan terhadap masalah batu karangnya, mereka boleh mengalami masalah jaundice dan kecelaruan fungsi pada hempedu, menyebabkan kulit berubah menjadi kuning dan bahagian putih mata menjadi kekuningan atau kehijauan.

Mengulas mengenai kes Chen, seorang jurucakap daripada Persatuan Gastroenterology British berpendapat tiada bukti kukuh yang dapat menyokong hujah mengenai tabiat permakanan berminyak menjadi punca kepada pembentukan batu karang memandangkan terdapat pelbagai sebab lain yang boleh menjadi punca.

Bagaimanapun katanya, kes itu mungkin berbeza di China dan beberapa bahagian Asia lain yang merekodkan kes batu karang lebih tinggi daripada United Kingdom.

Sumber : Dailymail



(Gambar) 11 Jenis Resepi Bubur Manis Untuk Juadah Berbuka Puasa, No.9 Paling Sedap, Paling Senang Buat


Bila tiba bulan Ramadhan, bubur lambuk antara juadah paling laris dijual.  Tak sah rasanya kalau tak menjamah bubur lambuk sekurang-kurangnya sekali.

Tapi, selain bubur lambuk, bubur lain juga tidak kurang hebatnya.  Pelbagai jenis juadah bubur, samada bubur berlauk ataupun bubur manis dijual di bazar ramadhan.

Pun begitu, bubur yang dibeli tak sama rasanya dengan bubur yang dibuat sendiri kan?  Apa kata kalau kita cuba salah satu resepi bubur dibawah untuk hidangan berbuka puasa hari ini.

Mesti sedap makan ramai-ramai.  Kalau tak habis, boleh bawa ke sahur.  Tak rugi.  Jom tengok resepi dibawah!

BUBUR CACA


Bahan-bahannya:

200 gm gula
100 gm tepung bubur caca berwarna
50 gm sagu biji
700 ml santan (dari sebiji kelapa)
1 helai daun pandan

Cara-caranya:

  • Masakkan tepung bubur caca dan sagu biji dalam air mendidih hingga kembang. 
  • Setelah hampir kering, masukkan gula. 
  • Masukkan santan dan daun pandan. 
  • Kacau selalu dan masak hingga mendidih. 
  • Kemudian angkat. 
  • Enak dihidangkan panas atau sejuk

BUBUR SAGU DAN JAGUNG


Bahan-bahannya:

  • 2 biji jagung, diambil isinya
  • 1 biji kelapa, ambil santannya
  • 200 gm gula
  • 50 gm sagu biji

Cara-caranya:

  • Jagung, sagu biji dan gula di masak dengan santan cair. 
  • Setelah sagu agak kembang masukkan santan pekat sambil dikacau hingga masak. Angkat.

BUBUR KACANG BERDURIAN


Bahan-bahannya:

  • 150 gm kacang hijau
  • 150 gm gula
  • 50 gm gula kabung
  • 1 biji kelapa, ambil santannya
  • 1 helai daun pandan

Cara-caranya:

  • Kacang direbus hingga kembang. 
  • Masukkan gula kabung dan gula pasir. 
  • Masak hingga gula hancur. 
  • Akhir sekali masukkan santan dan durian. 
  • Jangan kacau terlalu kuat. 
  • Angkat setelah mendidih.

BUBUR KACANG MERAH


Bahan-bahannya:

  • 300 gm kacang merah, direndam semalaman
  • 250 gm gula
  • 2 biji kelapa, ambil santannya

Cara-caranya:

  • Rebus kacang merah hingga lembut. 
  • Masukkan gula dan santan. 
  • Kacau hingga mendidih dan angkat.

BUBUR LABU DAN KELEDEK


Bahan-bahannya:

  • 1 biji keledek, potong dadu
  • 1//2 biji labu, potong dadu
  • 1 biji kelapa, ambil santannya
  • 200 gm gula

Cara-caranya:

  • Rebus keledek dan labu hingga sedikit lembut. 
  • Masukkan gula dan masak gula hingga larut. 
  • Akhir sekali barulah dimasukkan santan dan kacau hingga mendidih.
BUBUR PULUT HITAM


Bahan-bahannya:

  • 200 gm gula pasir
  • 150 gm beras pulut hitam
  • 2 biji kelapa
  • sedikit garam

Cara-caranya:

  • Kelapa dijadikan satu cawan santan pekat dan selebihnya santan cair. 
  • Masukkan garam ke dalam santan pekat dan kacau hingga sebati. 
  • Pulut direbus hingga kembang. 
  • Masukkan gula dan masak lagi hingga betul-betul kembang. 
  • Masukkan santan cair dan masak hingga mendidih. 
  • Ketika menghidang masukkan bubur ke dalam mangkuk. 
  • Ambil 2-3 sudu besar santan pekat dan tuangkan ke atas bubur.
BUBUR GANDUM


Bahan-bahannya:

  • 300 ml santan cair
  • 150 ml santan pekat
  • 150 gm biji gandum (direbus)
  • 100 gm gula melaka
  • 30 gm sagu biji
  • 50 gm gula pasir
  • 1 helai daun pandan

Cara-caranya:

  • Didihkan santan cair, gula melaka, sagu biji dan daun pandan. 
  • Apabila sagu masak, masukkan gula pasir, gandum dan santan pekat. 
  • Biarkan ia mendidih selama 2 minit dan hidangkan.
BUBUR BEBOLA KELADI


Bahan-bahannya:

  • 50 gm keladi
  • 30 gm tepung pulut
  • 100 gm santan kelapa
  • 30 gm gula melaka
  • 1 helai daun pandan

Cara-caranya:

  • Rebuskan keladi sehingga masak. 
  • Lecekkan keladi dan campurkan tepung pulut hingga sebati. 
  • Bentukkan ia menjadi bebola mengikut saiz yang dikehendaki. 
  • Panaskan air sehingga mendidih dan celurkan bebola sehingga masak. 
  • Panaskan santan, gula melaka dan masukkan daun pandan, kacau sehingga mendidih menggunakan api sederhana. 
  • Masukkan bebola keladi itu ke dalam santan dan sedia dihidangkan.
BUBUR GUNTING


Bahan-bahannya:

  • 400 gm tepung gandum
  • 1 biji kelapa (ambil santannya anggaran 2½ mangkuk)
  • 1 cawan gula pasir (mengikut kesesuaian rasa)
  • 2 keping gula kabung
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya

Cara-caranya:

  • Bancuh tepung dengan air dan sedikit garam.
  • Uli hingga menjadi satu doh(biar keras sedikit daripada bancuhan roti canai). 
  • Ambil sedikit tepung dan canaikan setebal 5 mm. 
  • Kemudian gunting kecil-kecil mengikut kesukaan anda. 
  • Jerangkan air anggaran 1/2 periuk. 
  • Apabila air telah mendidih, masukkan tepung yang telah digunting tadi. 
  • Kacau supaya ia tidak melekat. 
  • Apabila telah timbul, angkat dan toskan. 
  • Kemudian letakkan ke dalam bekas berisi air sejuk supaya ia tidak melekat. 
  • Buat begini hingga selesai. 
  • Masak gula pasir, gula kabung dan 1/2 cawan air hingga mendidih. 
  • Toskan tepung yang telah direbus tadi dan masukkan ke dalam adunan air gula tadi. 
  • Kacau perlahan-lahan hingga mendidih. 
  • Setelah itu, masukkan santan, sedikit garam dan daun pandan. 
  • Kacau selalu supaya tidak pecah minyak. 
  • Apabila telah mendidih, sesuaikan rasanya dan bolehlah diangkat.
BUBUR LABU MANIS


Bahan-bahannya:

  • ½ biji labu sederhana
  • 1 cawan susu segar/ ½ cawan santan
  • ½ cawan sagu mata ikan
  • 2 sudu gula merah
  • Gula pasir
  • Daun pandan

Cara-caranya:

  • Labu di buang kulit dan biji, potong kecil-kecil anggaran 5 cm persegi.
  • Rebus hingga 3/4 empuk. 
  • Tambahkan susu/santan,daun pandan,sagu mata ikan,gula merah dan gula pasir secukup rasa. 
  • Biar hingga mendidih dan pekat. 
  • Kacau selalu.
BUBUR SUJI


Bahan-bahannya:

  • 1 cawan tpg suji ( didigoreng tanpa minyak hingga keemasan)
  • ½ cawan gula
  • 1 liter susu segar
  • sedikit kismis
  • sedikit gajus
  • 2 sudu minyak sapi

Cara-caranya:

  • Panaskan 1 liter susu segar. 
  • Setelah agak mendidih, kurangkan api dan masukkan gula. 
  • Kacau sebentar dan biarkan mendidih atas api yg paling perlahan. 
  • Sementara itu, panaskan minyak sapi dalam kuali kecil dan tumis kismis serta kacang gajus (hingga keemasan) 
  • Kemudian masukkan tumisan bersama minyak sapi td kedalam susu yang sedang dimasak. 
  • Akhir sekali masukkan tpg suji sedikit demi sedikit sambil mengacau. 
  • Renehkan bubur sehingga mendidih. 
  • Sedap dimakan bersama potongan pisang.



7 Tips Nak Makan Buffet Tanpa Rosakkan Diet Serta Boleh Bakar Hampir 100 Kalori


Bulan puasa ni banyak sangat restoran dan hotel yang menawarkan promosi pakej buffet dengan harga yang paling rendah sehinggalah yang paling tinggi dengan variasi makanan tradisi.

Mesti susah nak kawal nafsu bila tengok semua makanan yang dihidangkan. Daripada menu pembuka selera sehinggalah pemanis mulut. Kalau yang tengah berdiet tu, takkan nak tengok je orang makan? Dahla dah bayar mahal.

Bila dah tahan lapar 14 jam, perut dan tekak pun mesti tewas. Akhirnya, musnahlah diet dan misi kurus sebelum raya turut kecundang ditengah jalan.

Jadi, bagaimana kita nak kawal pengambilan makanan bila makan buffet tanpa rosakkan diet?

1. Bahagikan ‘Portion’ Makanan




Cara ini memerlukan disiplin yang sangat tinggi, kalau main senduk je makanan, ‘confirm’ melimpah-ruah lauk-pauk dalam pinggan.

Apa yang korang boleh buat adalah dengan bahagikan pinggan kepada beberapa bahagian supaya kita dapat isi separuh atau tiga suku penuh dengan sayur. Kurangkan bahagian nasi, dan sederhanakan bahagian protein.

2. Pilih Makanan Rendah Kalori

Ramai yang ingat kuih-muih bergoreng mempunyai kalori rendah. Korang salah! Kuih-muih kebanyakkannya mempunyai kalori tertinggi kerana bahan asas yang digunakan adalah daripada tepung dan bergoreng.

Jadi, cuba pilih makanan segar (tak digoreng) seperti salad, sup, pasta, dimsum dan sebagainya.

3. Ambil Yang Kukus, Grill, Panggang! Kukus, Grill, Panggang!





Hidangan jenis ini biasanya mempunyai kurang lemak tambahan dan garam. Tap janganlah daripada pukul 7 malam sampai 11 malam makan hidangan jenis ini saja ya! Selang-selikan dengan buah dan sayuran juga.

4. Saiz Portion Jangan Lupa!


Kalau makanan yang diambil adalah terdiri daripada makanan yang berkhasiat, takla rasa bersalah sangat nak ambil dengan saiz yang besar.  

Korang kena fokus dengan portion makanan kalau nak cuba semua makanan buffet yang terhidang tu.

5. Kurangkan Makanan Yang Diperap, Sos


Elak ambil hidangan salad yang dah diletakkan ‘dressing’ siap-siap.  Kalau boleh ambil ‘dressing’ yang berasaskan ‘vinaigrettes’ atau minyak zaitun.

6. Jangan Longgok Makanan Depan Muka


Perut kita bukan tong sampah tau! Jadi, kena banyak bersabar dengan makanan-makanan yang ditawarkan dari meja buffet.  

Ambil satu-satu, kawal ‘portion’ dan kunyah makanan dengan baik.  Berhenti bila kenyang. 

7. Duduk Jauh Dari Meja Buffet




Walaupun ramai yang berebut-rebut nak duduk dengan meja buffet, tapi secara logiknya, kalau meja korang jauh dari tempat buffet, korang akan berulang-alik lebih 10 kali untuk mendapatkan makanan. 

Dalam 10 kali korang ulang-alik tu, korang dah boleh bakar hampir 100 kalori tanpa sedar.  Jadi, susun strategi, pilih meja sekurang-kurangnya lebih kurang 40 kaki dari meja buffet.  Sambil makan, sambil ‘exercise’.


Siakapkeli.my


Sumber: Jillian Michaels



(Gambar) Ibu Kejam Jual Anak Dengan Harga RM30 Ribu Untuk Beli Barang Mekap


Pada 20 Mei lalu, seorang wanita membuat laporan di balai polis ibu kota Henan, mendakwa anak perempuannya yang berusia 1 tahun telah hilang.

Yu, yang berasal dari wilayah Yunna berkata, dia kehilangan anaknya didalam stesen keretapi.  Walau bagaimanapun, polis yang menyiasat kes itu selama 10 jam mendapati bahawa anak kecil itu tidak hilang sebagaimana yang dituntut oleh ibunya, tetapi telah dijual.

Yu akhirnya mengaku melakukan perbuatan keji itu kerana ingin membeli produk kosmetik dan barangan lain.  Anaknya dibeli dengan harga RM30,000 setelah tiba di Zhengzhou.

Pada 23 Mei, pihak polis berjaya menjejaki bayi itu dan mengembalikannya kembali kepada suami Yu, ayah kandung bayi tersebut serta menangkap dua orang suspek disyaki melakukan aktiviti pemerdagangan kanak-kanak.

Siakapkeli.my


Sumber: Shanghaiist



Raya Sakan Dengan Shoes Gallery, Little Monsters dan Home by Parkson, Nikmati Potongan Harga Sehingga 70%



Bila dah tiba bulan Ramadhan yang mulia ini, mesti dah ada yang berkira-kira dekat mana tempat yang sesuai untuk membeli-belah kelengkapan untuk menyambut ketibaan Bulan Syawal yang dah tinggal berapa minggu sahaja lagi. Sudah pasti ibubapa adalah insan yang paling sibuk menguruskan kelengkapan anak-anak dan si ibu pula sibuk dengan menghias rumah dan membuat kuih raya. 

Pusat membeli-belah seperti dekat dengan hati rakyat Malaysia. Bukan sahaja boleh membeli pakaian untuk hari raya, malah, Parkson lengkap menyediakan segala kelengkapan yang anda perlukan. Bertepatan dengan mood raya yang semakin membara ini Shoes Gallery, Home dan Little Monsters by Parkson menawarkan potongan harga sehingga 70% untuk barangan terpilih dan berkualiti tinggi bermula dari 19 Mei hingga 1 Julai 2018 




Shoes Gallery ini hanya terdapat di Avenue K, Fahreinheit 88 dan Da Men Mall. Manakala, Home dan Little Monsters hanya berada di Da Men Mall sahaja. Di Shoes Gallery by Parkson anda boleh mendapatkan kelengkapan seperti kasut, beg tangan, tali pinggang dan kelengkapam untuk balik kampung dengan harga yang berpatutan dan pilihan yang menarik.  

Manakala di Home by Parkson pula, para ibu pasti rambang mata dengan kelengkapan dapur yang lengkap serta  memilih cadar baru untuk katil anda di hari raya yang bakal tiba ini. Untuk kanak-kanak pula, ibubapa boleh memilih Little Monsters by Parkson sebagai pilihan terbaik kerana disitu terdapat pelbagai jenis pakaian dengan rekaan yang menarik serta kualiti yang tinggi.  





Berita baik untuk pemegang kad Parkson, anda hanya perlu berbelanja RM250 keatas untuk mendapat satu Lunch Box percuma manakala RM300 keatas jika tiada kad Parkson. Bukan itu sahaja, jika anda berbelanja RM500 keatas satu mangkuk tingkat bermutu tinggi diberikan percuma untuk anda manakal bagi bukan pemegang kad Parkson hanya perlu berbelanja RM550 keatas sahaja. Pastikan anda berbelanja di Shoes Gallery, Home dan Little Monsters by Parkson. 




Jangan ragu-ragu lagi. Tiada pusat beli-belah lain yang menawarkan potongan harga sehingga 70% dengan jaminan kualiti barangan yang bermutu tinggi setanding jenama luar negara. Pastikan raya anda lebih meriah dengan kelengkapan yang baru. 



Untuk maklumat lanjut, sila klik disini 





(Video) Gelagat Lucu Anak Gajah Manja Tak Mahu ‘Lepaskan’ Pelancong Cuit Hati Pengunjung


Seekor anak gajah tidak dapat melepaskan seorang pelancong kerana mahu ‘bermain’ sebelum dibawa untuk menunggangnya.

Rakaman lucu ini diambil ketika Jane Hight McMurry, salah seorang pelacong Amerika mengunjungi Thailand untuk merasai pengalaman menunggang gajah.

Video itu menunjukkan anak gajah tersebut cuba memanjakan dirinya dengan merehatkan kepalanya diatas riba Jane.  Jane yang kemudiannya cuba untuk menjauhkan dirinya gagal apabila anak gajah itu merangkul kakinya menggunakan belalai.

Ini mungkin merupakan pengalaman paling manis buatnya kerana dapat menyaksikan seekor anak gajah yang sangat menyukainya sehingga tidak mahu melepaskan dia pergi.

Hutan utara di Thailand merupakan salah satu destinasi pelancongan paling popular bagi mereka yang ingin melihat gajah liar yang berkeliaran di habitat semulajadi mereka.

Siakapkeli.my

Sumber: Daily Mail



(Video) Pegawai Atasan Tentera Rusia Antara Suspek Utama Nahas MH17


Seorang pegawai tentera yang berpangkat tinggi dari Rusia telah dinamakan oleh siasatan bebas sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap kekejaman MH17.

Kumpulan penyiasat, Bellingcat telah mengenal pasti dua orang lelaki yang merupakan Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) selepas mendengar perbualan telefon menerusi pita yang diambil sebelum dan selepas penerbangan MAS MH17 itu ditembak.

Bellingcat mendakwa bahawa kedua-kedua lelaki itu adalah pegawai tentera Rusia yang berpangkat tinggi. Salah seorang daripada mereka ialah Oleg Vladimirovich Ivannikov yang menggunakan kod nama ‘Orion’.

Hasil risikan dan siasatan yang dibuat Bellingcat mendakwa Ivannikov adalah salah satu suara yang dikesan dalam perbualan yang dikesan perisikan Ukraine sehari selepas nahas berlaku.

Menurut Bellingcat, ini adalah kali pertama pegawai Rusia yang terlibat dalam bencana MH17 pada masa bencana itu berada di wilayah Ukraine. Apa sebenarnya peranannya dalam perletakan peranti itu tidak jelas.

Sebelum ini, Ivannikov akan menjadi Menteri Pertahanan dengan nama samaran di Ossetia Selatan, republik pro-Rusia yang berpisah dari Georgia dengan sokongan Rusia. Kemudian dia juga aktif dalam perang saudara Syria. Para penyelidik memperoleh ini dari, antara lain, perbualan telefon dengan isteri Ivannikov.

Wilbert Paulissen daripada Polis Kebangsaan Belanda mengatakan bahawa analisis terperinci mengenai imej video menunjukkan peluru berpandu itu berasal dari pasukan peluru berpandu anti-pesawat tentera Rusia ke-53 yang berpangkalan di bandar Kursk, Rusia.



Puluhan Pembersih Pembetungan di Bangladesh Mati Hanya Untuk RM34 Sehari


Puluhan pembersih pembetungan meninggal setiap tahun di Bangladesh ketika menyelam ke dalam sistem perparitan hanya untuk membuang sampah yang tersangkut setiap kali ketika hujan lebat.

Mereka dibayar RM30 sehari untuk menyelam melalui pembentung yang tercemar dari ibu kota Dhaka tanpa sebarang perlindungan.

Bandaraya yang mempunyai 14 juta penduduk itu sering mengalami sistem saliran air yang tidak baik dan lebih teruk jika berlakunya hujan lebat yang akan menyebabkan banjir.

Mereka perlu menahan nafas ketika menyelam melalui sisa-sisa makanan dan juga sering berhadapan dengan asap beracun yang dipancarkan oleh kumbahan.

Ramai yang mati setiap tahun akibat lemas dan mengalami gangguan kesihatan yang kerap.

Siakapkeli.my


Sumber: Daily Mail



“Harga Kelangit, Fesyen Tak Melambangkan Pakaian Kemenangan Umat Islam”, Diana Kesal Rekaan Baju Raya Tak Jaga Aurat


Menjelang raya, ramai diantara kita mula mencari-cari rekaan baju yang cantik untuk dipakai di Hari Raya nanti.  Terlalu banyak lambakan jenama-jenama tempatan yang masing-masing mengeluarkan pelbagai rekaan baju raya demi memenuhi cita rasa rakyat Malaysia.

Walaupun begitu, tahun ini menyaksikan kenaikan harga baju raya yang dirasakan hampir dua kali ganda daripada harga tahun lalu.  Ini mungkin kerana kualiti dan hasil tangan yang diberikan seiring dengan harga yang dijual.

Perkara ini turut disuarakan oleh selebriti Malaysia kita, Diana Amir yang meluahkan sedikit rasa kecewanya terhadap rekaan baju raya yang semakin mahal serta fesyen yang tidak menjaga aurat.  Baginya, baju raya harus menggambarkan kemenangan umat Islam setelah sebulan menunaikan ibadah puasa pada bulan Ramadhan.

Sebagai pembeli dan pemakai mungkin ada diantara kita yang mengingingkan baju yang sederhana rekaannya serta dalam masa sama masih menjaga tatasusila sebagai muslimah.  Mari baca perkongsian Diana seperti dibawah.

Bismillah.. dah start cari baju raya??

Ada 1 persoalan yang timbul dalam fikiran bila susah nak mencari baju raya yang memenuhi kriteria ni..


Cantik, banyak sangat yang cantik, and harga pun cantik, RM400 ke atas tu dah macam biasa utk diletakkan pada baju.. Ada yang kita faham kenapa diletak harga macam tu sebab kualiti, hasil tangan, branding… tp, ada yang macam ?????  Harga baju ikut trend ke ikut kualiti? .. camano den nak belanja baju cantik2 kat kaum kerabat ni.. cantik sikit ja harga terus ke langit.. (ok, x semua jangan marah )

and.. baju raya ditujukan saya rasa untuk muslimah.. wanita muslim, untuk dipakai pada hari raya, iaitu hari kemenangan umat islam selepas berjaya berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan dan menzahirkan ketaqwaan .. kan?

Tapi fesyen yang dihasilkan tak melambangkan pakaian utk wanita muslim.. tak melambangkan pakaian utk hari kemenangan umat Islam.. die cam.. Ramadhan alhamdulillah berpuasa, bertarawikh.. then tiba2 masuk bulan seterusnya ramai yang akan pakai fesyen2 itu.. Kesian kat mangsa fesyen, kita faham nak orang nampak kita yang terpaling cantik.. tapi bagaimana pandangan Dia pada kita? .

Kalaulah fashion designer yang hebat2 hasilkan karya benar2 mengikut maksud perayaan, alangkah indahnya busana itu . Rasanya tak susah pun baju yang menutup aurat ni.. labuhkan sikit depan dan belakang, panjangkan bahagian lengan.. dah terjaga aurat saudara muslimah kita 


#masihmencaribajuraya

anyways sekarang ni pun Diana tengah berbadan dua, dengan baju yang terbuka di depan, atau terpendek di belakang, lagilah susah pencarian baju raya ini .. hahahhaa…

mesti ada butik2 yang best tapi Diana je yg taktau, bolehlah tag diana cadangan butik2 yang cantik dan menutup aurat. bolehla sisters yg len tengok2 jugak

maafkan salah silap saya

Ramadhan Kareem